Merujuk novel Harry Potter
Harry sangat terkenal di kalangan masyarakat sihir kerana telah mengalahkan Lord Voldemort, seorang ahli sihir jahat yang paling berkuasa dan merupakan watak antagonis utama dalam siri ini, dan semua itu berlaku ketika Harry masih berusia setahun. Voldemort telah kehilangan kuasa dn telah kehilangan tubuh walaupun masih terselamat.James dan Lily Potter telah terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada malam Halloween iaitu pada 31 Oktober 1981 ketika cuba melindungi Harry dari serangan Voldemort. James mati dahulu ketika bertarung di ruang hadapan rumah mereka. Lily pula memilih untuk mati ketika melindungi Harry setelah diberi pilihan oleh Voldemort lalu meletakkan sihir kuno pada Harry yang mampu menyelamatkannya. Kerana itulah ketika Lord Voldemort cuba untuk membunuh Harry, sumpahan tersebut telah berpatah balik dan mengena Voldemort membuatkan Voldemort tidak mempunyai jasad lagi dan menyelamatkan Harry.
Inilah yang menyebabkan Voldemort kehilangan kuasa (tetapi tidak kematiannya) dan pengasingannya dari dunia sihir. Kejadian tersebut membuatkan Harry terkenal dengan jolokan - "kanak-kanak yang terselamat dari maut" – kerana dia satu-satunya manusia yang terselamat dari sumpahan Avada Kedavra dan menjadi penyebab kepada kejatuhan Voldemort. Harry mempunyai parut sebagai peninggalan dari kejadian tersebut.
Selain Harry terselamat dari cubaan Voldemort untuk membunuhnya, sehingga buku kelima dia tidak tahu mengapa Voldemort kehilangan kuasanya – tetapi dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, Harry mengesahkannya apabila Tom Riddle menyoalnya, Harry menjawab:
- Tak seorang pun tahu mengapa kamu kehilangan kuasa kamu semasa menyerang saya. Saya sendiri pun tak tahu. Tetapi saya tahu kenapa kamu tidak dapat membunuh saya…
Perlu diketahui yang Harry adalah berdarah separuh – iaitu, anak kepada Muggle dengan berdarah sihir. Melalui bapanya, James, Harry adalah keturunan sihir tulen melalui keturunan Potter tetapi ibunya, Lily Evans (kemudian ialah Lily Potter) adalah kelahiran Muggle: ahli sihir yang dilahirkan oleh keluarga bukan sihir. Maka Harry adalah berdarah separa sihir dan mempengaruhi jalan cerita dalam banyak perkara.

